Saturday 25 February 2012

RUMAH WARISAN


Rumah merupakan sebuah tempat perlindungan bagi semua orang. Oleh itu, rumah yang dianggap sebagai aset utama perlulah dijaga rapi kerana di situlah pelbagai kenangan, pengalaman mahupun sejarah dicipta. Tidak hairanlah jika wujud kalimah keramat “Rumahku, Syurgaku”!

Warisan pula bermaksud turun-temurun atau peninggalan yang menjadi tanggungjawab kepada waris terdekat untuk memperoleh serta meneruskan apa-apa yang telah dicapai itu agar lebih berjaya serta utuh kedududukannya. Pewaris perlu bersungguh-sungguh menjaganya dan amanah memegang hak yang dipertanggungjawabkan itu.


Konklusinya, rumah warisan ialah rumah peninggalan yang diamanahkan kepada keluarga terdekat yang benar-benar berhak untuk mewarisinya agar dapat diteruskan kebanggaan keluarga demi menjaga nama baik keturunan tanpa sebarang pencerobohan yang tidak diingini. Di sinilah dipercayai kekuatan salasilah keluarga itu diwujudkan dan seterusnya perlu dijaga agar tidak hilang begitu sahaja.