Saturday 25 February 2012

RUMAH WARISAN


Rumah merupakan sebuah tempat perlindungan bagi semua orang. Oleh itu, rumah yang dianggap sebagai aset utama perlulah dijaga rapi kerana di situlah pelbagai kenangan, pengalaman mahupun sejarah dicipta. Tidak hairanlah jika wujud kalimah keramat “Rumahku, Syurgaku”!

Warisan pula bermaksud turun-temurun atau peninggalan yang menjadi tanggungjawab kepada waris terdekat untuk memperoleh serta meneruskan apa-apa yang telah dicapai itu agar lebih berjaya serta utuh kedududukannya. Pewaris perlu bersungguh-sungguh menjaganya dan amanah memegang hak yang dipertanggungjawabkan itu.


Konklusinya, rumah warisan ialah rumah peninggalan yang diamanahkan kepada keluarga terdekat yang benar-benar berhak untuk mewarisinya agar dapat diteruskan kebanggaan keluarga demi menjaga nama baik keturunan tanpa sebarang pencerobohan yang tidak diingini. Di sinilah dipercayai kekuatan salasilah keluarga itu diwujudkan dan seterusnya perlu dijaga agar tidak hilang begitu sahaja.


Sunday 29 January 2012

KEPENTINGAN MENJAGA RUMAH WARISAN

Rumah warisan sememangnya perlu dijaga agar tidak pupus ditelan zaman. Keunikan, keindahan dan keistimewaan yang terdapat pada setiap inci rumah warisan ini wajar dipelihara sebaik mungkin demi mempertahankan nilai adat dan budaya yang termaktub sekian lama. 

Janganlah disia-siakan usaha nenek moyang dahulu yang bersungguh-sungguh mahu menjaga harta warisan sebegini untuk tatapan anak cucu mereka. Sesungguhnya, mereka tidak mahu nilai adat dan budaya yang tiada ternilai ini hilang begitu sahaja. Seboleh-bolehnya biarlah ia ibarat "tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan". 

Dengan terjaganya rumah warisan ini maka dapatlah kita terus mengekalkan tradisi yang sedia ada yang dapat diamalkan oleh generasi akan datang. Sesungguhnya adat Melayu sangatlah indah dan penuh dengan ciri-ciri kelembutan. Menerusi adat ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kehidupan dan keaslian sifat Melayu itu sendiri.

keunikan ukiran  dan antara barang antik yang terdapat dalam rumah warisan ini:
 
antara barang antik yang menjadi hiasan dalam rumah ini


antara set teko yang digunakan

ukiran kayu hasil idea Encik Abu Hassan Mat sendiri


ukiran bunga pada tingkap rumah

RUMAH INI MENJADI TARIKAN TEMPAT UNTUK PENGGAMBARAN FILEM DAN JUGA IKLAN

   

Dalam rumah warisan ini juga terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan. Terdapat pelbagai sesi penggambaran yang pernah dijalankan di rumah ini memandangkan keunikan serta keistimewaannya yang tersendiri amat sesuai untuk diabadikan dalam satu-satu penggambaran. Antara klip video popular yang pernah dirakam di sekitar rumah warisan ini ialah iklan "Telekom Raya" Selain itu, kumpulan lawak yang terkenal iaitu kumpulan Sepah (Jep Sepah) turut melakonkan watak sebagai bomoh temberang  di sini.



Disebabkan rumah ini dibina berteraskan seni bina rumah lama maka rumah warisan ini amat sesuai untuk dijadikan latar belakang bagi sesebuah filem atau drama yang berunsurkan kisah Melayu klasik. Antara contoh filem yang pernah disunting berlatarbelakangkan rumah lama ini ialah Hati Malaya.

MELAWAT SAMBIL BELAJAR SERTA MENJADIKAN PENGALAMAN INDAH

Terdapat ramai pelawat yang sering mengunjungi rumah warisan ini dari semasa ke semasa. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal di kawasan bandar juga rakyat Singapura yang begitu berminat untuk mengetahui sejarah serta budaya rakyat Malaysia. Rumah ini dibuka untuk lawatan bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Bayaran yang dikenakan pula adalah berpatutan iaitu RM1.00 untuk orang dewasa manakala murid-murid sekolah hanya RM0.50 sahaja.

Di sini juga ada disediakan sesi demonstrasi kraftangan untuk tontonan orang ramai iaitu tunjuk cara menganyam bakul rotan juga sesi penerangan berdasarkan replika rumah warisan. Replika rumah warisan ini memakan kos sebanyak RM500, replika ini juga menjadi salah satu tarikan kepada para pelancong.

Sesi istimewa ini sering dinantikan oleh pengunjung yang begitu teruja untuk mencuba menganyam bakul sendiri di samping dapat pula menunjukkan bakat terpendam masing-masing dalam bidang kraftangan. 

Selain itu juga para pelancong boleh melihat mahupun mencuba sendiri untuk bermain congkak. Congkak adalah salah satu permainan tradisional yang sering dimain oleh kanak-kanak Melayu. Malah bukan sahaja kanak-kanak yang berminat dan boleh bermain congkak ini orang dewasa juga tidak terlepas untuk bermain congkak ini.


antara contoh demonstrasi kraftangan


Rotan yang digunakan untuk membuat demo barang kraftangan

Permainan tradisional congkak yang menjadi tarikan buat pelancong dari negara luar yang mencuba untuk bermain permainan ini


Diluar rumah ini juga terdapat perhiasan yang dibeli seperti bakul Sia. Bakul Sia ini pada asal kegunaannya adalah untuk majlis perkahwinan, dimana didalam bakul ini akan diisi dengan nasi, kuih, buah-buahan untuk diberi kepada pasangan. Bakul Sia ini dibeli pada harga sekitar RM30 pada generasi pertama. Selain itu juga jika diperhati dengan teliti, terdapat banyak koleksi lampu minyak yang dimiliki oleh bapa mertua tuan Abu Hassan yang berasal dari Muar, Parit Jawa.

Bakul Sia

Lampu Minyak