Sunday 29 January 2012

MELAWAT SAMBIL BELAJAR SERTA MENJADIKAN PENGALAMAN INDAH

Terdapat ramai pelawat yang sering mengunjungi rumah warisan ini dari semasa ke semasa. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal di kawasan bandar juga rakyat Singapura yang begitu berminat untuk mengetahui sejarah serta budaya rakyat Malaysia. Rumah ini dibuka untuk lawatan bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Bayaran yang dikenakan pula adalah berpatutan iaitu RM1.00 untuk orang dewasa manakala murid-murid sekolah hanya RM0.50 sahaja.

Di sini juga ada disediakan sesi demonstrasi kraftangan untuk tontonan orang ramai iaitu tunjuk cara menganyam bakul rotan juga sesi penerangan berdasarkan replika rumah warisan. Replika rumah warisan ini memakan kos sebanyak RM500, replika ini juga menjadi salah satu tarikan kepada para pelancong.

Sesi istimewa ini sering dinantikan oleh pengunjung yang begitu teruja untuk mencuba menganyam bakul sendiri di samping dapat pula menunjukkan bakat terpendam masing-masing dalam bidang kraftangan. 

Selain itu juga para pelancong boleh melihat mahupun mencuba sendiri untuk bermain congkak. Congkak adalah salah satu permainan tradisional yang sering dimain oleh kanak-kanak Melayu. Malah bukan sahaja kanak-kanak yang berminat dan boleh bermain congkak ini orang dewasa juga tidak terlepas untuk bermain congkak ini.


antara contoh demonstrasi kraftangan


Rotan yang digunakan untuk membuat demo barang kraftangan

Permainan tradisional congkak yang menjadi tarikan buat pelancong dari negara luar yang mencuba untuk bermain permainan ini


Diluar rumah ini juga terdapat perhiasan yang dibeli seperti bakul Sia. Bakul Sia ini pada asal kegunaannya adalah untuk majlis perkahwinan, dimana didalam bakul ini akan diisi dengan nasi, kuih, buah-buahan untuk diberi kepada pasangan. Bakul Sia ini dibeli pada harga sekitar RM30 pada generasi pertama. Selain itu juga jika diperhati dengan teliti, terdapat banyak koleksi lampu minyak yang dimiliki oleh bapa mertua tuan Abu Hassan yang berasal dari Muar, Parit Jawa.

Bakul Sia

Lampu Minyak

No comments:

Post a Comment