Sunday 29 January 2012

KEPENTINGAN MENJAGA RUMAH WARISAN

Rumah warisan sememangnya perlu dijaga agar tidak pupus ditelan zaman. Keunikan, keindahan dan keistimewaan yang terdapat pada setiap inci rumah warisan ini wajar dipelihara sebaik mungkin demi mempertahankan nilai adat dan budaya yang termaktub sekian lama. 

Janganlah disia-siakan usaha nenek moyang dahulu yang bersungguh-sungguh mahu menjaga harta warisan sebegini untuk tatapan anak cucu mereka. Sesungguhnya, mereka tidak mahu nilai adat dan budaya yang tiada ternilai ini hilang begitu sahaja. Seboleh-bolehnya biarlah ia ibarat "tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan". 

Dengan terjaganya rumah warisan ini maka dapatlah kita terus mengekalkan tradisi yang sedia ada yang dapat diamalkan oleh generasi akan datang. Sesungguhnya adat Melayu sangatlah indah dan penuh dengan ciri-ciri kelembutan. Menerusi adat ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kehidupan dan keaslian sifat Melayu itu sendiri.

keunikan ukiran  dan antara barang antik yang terdapat dalam rumah warisan ini:
 
antara barang antik yang menjadi hiasan dalam rumah ini


antara set teko yang digunakan

ukiran kayu hasil idea Encik Abu Hassan Mat sendiri


ukiran bunga pada tingkap rumah

No comments:

Post a Comment