Sunday 29 January 2012

KEISTIMEWAAN RUMAH TRADISIONAL WARISAN PENGAKALAN BATU

   Rumah yang dimaksudkan ini dibina di atas sebidang tanah yang dikelilingi oleh beberapa buah rumah lain yang memang ada kena mengena dengannya. Rumah induk itu ialah rumah ibu, terletak di bahagian depan kawasan tersebut. Rumah ini siap beranjung dengan binaan anak-anak tangga pelbagai warna. Uniknya, di bahagian beranda rumah tersebut siap dibina sebuah pelamin. Tujuan pelamin di serambi rumah hanya untuk perhiasan, dan tujuan dipamerkan di ruangan serambi ini kerana kawasan serambi luas dan mudah untuk pergerakan dimana ia tidak akan menggangu tetamu yang datang untuk melihat pasangan pengantin yang ingin bergambar di pelamin tersebut. Sesuai dengan usianya yang terlalu lama iaitu sehingga sampai ke generasi tuan Abu Hassan kini, rumah ini telah puas digunakan untuk tujuan-tujuan menterjemahkan adat dan budaya keluarga berkenaan.








     Di bahagian dalam rumah itu pula ada dipamerkan barang-barang lama yang agak antik seperti lesung batu, Seterika arang batu, labu sayong, kuali besi, batu giling dan lain-lain lagi yang berasal dari generasi pertama milik keluarga tuan rumah. Di dalam sebuah bilik kecil di sebelah kiri pintu masuk di rumah itu pula terdapat replika barang-barang hantaran pengantin serta perhiasan pakaian raja sehari seperti tanjak, cucuk sanggul, tiara, kalung, keris serta set bunga telur. Untuk pengetahuan semua barang replika hantaran ini adalah hasil kerja kreatif yang dibuat oleh kakak ipar tuan Abu Hassan sendiri iaitu Jamaliah Binti Abd Hamid. Selain itu juga, kesemua barang tradisional iaitu set yang menghiasi pengantin ini adalah untuk ditunjukkn kepada para pelancong betapa indahnya budaya orang Melayu melalui cara pemakaian pengantin dan persandingan sebagai orang Melayu. Barang-barang replika hantaran ini dipamerkan di atas katil (besi padu) bernilai ratusan ringgit. Katil ini juga diwarisi sejak turun temurun semenjak generasi pertama lagi.






    
    Rumah warisan ini sememangnya asli dan seratus peratus terdiri daripada buatan asal yang belum diusik lagi. Hal ini demikian kerana kesemua suis lampu yang terdapat di rumah ini merupakan set suis lampu lama zaman dahulu yakni suis bulat berwarna hitam dengan pemetiknya yang bermuncung panjang. Di samping itu, terdapat sebuah loteng di bahagian silingnya tetapi dibiarkan kosong untuk ditinjau dan dilihat oleh pelawat yang datang. Selain itu, dinding-dinding yang memagari kawasan beranda ataupun anjung di bahagian luar rumah pula diperbuat daripada kayu-kayu yang diukir dengan corak kerawang bermotifkan alam semula jadi(bunga cengkih). Semua ini diilhamkan sendiri oleh tuan rumah yang kemudiannya ditempah daripada tukang ukir untuk direalisasikan sebagai salah satu kawasan rumah warisan yang sangat dibanggakan.

Terdapat replika rumah warisan tradisional ini yang telah ditempah khas untuk dijadikan sebagai hiasan dan untuk dipamerkan kepada umum. Jika dilihat secara teliti hiasan di dalam rumah ini juga telah direka dan mengikut hiasan dalam rumah warisan yang asal.
Antara gambar rumah replika bahagian luar dan dalam yang telah diambil












     Tambahan pula, laman di bahagian depan rumah dipenuhi oleh tanaman hijau yang subur seperti pokok-pokok bunga pelbagai warna yang berjaya menambat hati sesiapa juga yang memandangnya. Di sebelah tepi rumah ini pula dibina kolam air terjun buatan sendiri untuk menyejukkan suasana dengan kos sebanyak RM5,000.00. Manakala di bahagian belakang rumah ini pula terdapat sebuah kolam ikan keli yang diternak sendiri sebagai salah satu sumber makanan sihat.




No comments:

Post a Comment