Sunday 29 January 2012

PENGENALAN RUMAH WARISAN


  Kami dari syarikat Kerawang Jati Enterprise. Adalah menjadi tugas kami untuk mempromosikan sebuah rumah tradisional yang terletak di Pengkalan Batu Melaka agar kewujudanya disedari dan menjadikan rumah ini sebagai satu tarikan pelancong untuk datang dan melihat sendiri keunikan dan keistimewaan yang ada dalam rumah warisan ini. Tujuan kami mempromosikan rumah warisan ini agar mudah para pelancong dan penduduk setempat untuk mengenali dan mencari rumah ini untuk dilawati. Untuk itu mari kita lihat serba sedikit pengenalan tentang rumah warisan Abu Hassan Mat ini dengan lebih lanjut.


    Rumah WARISAN Tradisional ini terletak di Pengkalan Batu, Melaka. Rumah ini dimiliki oleh Abu Hassan. Rumah tersegam indah ini telah wujud sekitar tahun 1940 an lagi, waktu ini adalah generasi pertama. Encik Abu Hassan merupakan anak bongsu daripada Sembilan orang adik beradik. Beliau berusia 52 tahun pada tahun ini (2012). Ayanhanda Encik Abu Hassan bernama Mat Bin Wahab dan ibunya tercinta bernama Jubai Binti Lebar.

    Rumah ini diperbuat daripada Kayu Merbau. Buatan rumah warisan ini sangat halus dan cantik. Ini kerana kayunya telah ditempah khas dan diukir oleh pebgukir dari Muar dimana latarbelakang coraknya berasaskan corak bunga cengkih. Dihadapan rumah ini jika dilihat dengan teliti tangga asalnya telah diubah dengan menggantikan jubin berwarna merah jambu mengikut citarasa tuan Abu Hassan sendiri.

    Jika dilihat rumah tradisional ini sangat selesa dan luas. Keluasan rumah ini kira-kira 20x20 kaki. Menurut tuan abu Hassan, rumah ini memang telah diwariskan oleh ayahnya kepadanya. Pada asalnya keadaan rumah ini tdaklah seperti apa yang dapat dilihat sekarang, ini kerana rumah ini telahpun dikenakan sentuhan dan diubahsuai untuk lebih cantik dan menggambarkan rumah warisan tradisional. Rumah ini telah diubahsuai kerana ingin mengekalkan ciri-ciri tradisonal yang ada dan diperbaiki untuk menjadi tatapan pelawat yang datang untuk menziarahi rumah warisan ini. Kos untuk pengubahsuaian untuk rumah ini adalah berjumlah RM30 ribu. Malah rumah ini juga telah mendapat sumbangan dari PERZIM sebanyak RM5-7 ribu pada tahun lepas untuk 
menyiapkan proses pengubahsuaian rumah warisan ini.

    
     Inilah antara rumah yang berjaya menawan hati kami dan menarik minat kami dalam mempromosikan rumah ini. ini kerana rumah ini pada pandangan kami  nampak terlalu klasik dan bentuk rekanya sendiri menunjukan nilai-nilai kita sebagai orang Melayu. Daripada hiasan serta ukiran kayunya sudah cukup melambangkan kesenian yang unik, halus, cantik serta teratur buatannya. Kami difahamkan ukiran pada kayu rumah ini telahpun dilhamkan oleh tuan empunya diri sendiri.Segala hiasan dalam rumah ini adalah datang daripada keturunnya serjak dari awal gnerasi yang pertama lagi. ia telah diturunkan oleh nenek moyangnya kepada tuan rumah ini. Lihat daripada replika rumah  warisan ini menggambarkan Tuan Abu Hassan ini sangat kreatif orangnya dan seseorang yang minat dalam bidang seni. Secara keseluruhannya, rumah warisan tradisional ini merupakan rumah yang terbaik bagi kami untuk memperkenalkan serta mempromosikan kewujudan rumah ini kepada umum. Antara caranya untuk kami mempromosikan rumah ini adalah menggunakan laman sosial seperti blog ini. Ini adalah cara yang terbaik dalam mempercepatkan sesi promosi rumah tradisional ini. Disamping mempromosikannya, kami juga akan turut sertakan sedikit idea untuk memperkembangkan dan menaikkn lagi nama rumah warisan tradisional Abu Hassan Bin Mat.


No comments:

Post a Comment